Wednesday, January 27, 2010

Wahai Kaum Hawa Renungkanlah.....

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

Ujian

Dalam kita melangkah terkadang di uji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk
dan menangis,peritnya terasa.Tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana
mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian
terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keihklasan..~semoga kita tabah dan
ditetapkan iman selalu 'InsyaALLAH'..~

Tuesday, January 26, 2010

CINTA DAN SAYANG

Jika kita menyintai seseorang,jagalah hatinya sebaik mungkin,tapi andai kata dia bukan milik kita,Lepaskan lah hatinya dari ikatan hati kita,Kita cuma mahu melihat dia gembira dan sentiasa tersenyum,walaupun jauh dihati kita kekecewaan dan kesunyian tidak dapat dibendung,tapi sekurang-kurangnya kita telah membebaskan satu hati untuk mencari keindahan hati lain,itulah sebaik-baik pengorbanan.Kekecewaan itu adalah lumrah hidup,keindahan dunia bukan datang dgn sendiri,tapi memerlukan kita untuk mencarinya... perjalanan itu masih jauh,hargailah setiap langkah yg telah dilalui. kerana banyak pengalaman hidup telahpun kita kutip....hargailah sebelum dia pergi buat selama-lamanya..

Monday, January 25, 2010

Ku Serah PadaMU..

Ya Allah.. niatku ikhlas sedalam hatiku... sekuat manapun dugaan yang kau berikan akan ku gagahi demi mengapai impianku... Berikanlan aku kekuatan dan peluang Ya Allah... pada tika dan saat ini hanya Mu Ya Allah yang mampu menentukan segalanya... hambamu ini telah berusaha... yang selebihnya ku hanya berserah padaMu... Jika keajaiban itu hadir, aku berjanji, akan ku hargainya sepanjang hidupku Ya Allah... Insyaallah... yang aku perlukan hanya peluang dan keajaiban dari Mu Ya Allah.... Ya Allah.. berikanlan ku secubit kebahagiaan dan kegembiraan dalam perjalanan hayatku yang sementara ini.... makbulkanlah doa, impian dan harapan hambamu ini Ya Allah... Amin...~

" Hatiku tidak akan berubah.... dan harapan ku tidak akan berakhir" ...Insyaallah..

Hakikat

Jika esok aku terlalu gembira
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH
Jika aku bersedih tanpa kata
Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta
Jika aku lemah tak berdaya
Ingatkan aku dengan kehebatan syurga
Jika pernah hatimu terluka
Luahkanlah agar aku berrubah
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga
Iringilah lena aku dengan kalungan doa....


Aku hanya mampu merancang, berpura-pura gembira, walau sebentar cuma,
Tapi akikatnya, air mata peneman setia